Ahad, 15 November 2009


Tahap hati


Manusia dijadikan dengan sebaik2 kejadian..tiadalah manusia dijadikan dengan sia2..manusia itu berakal fikiran dn mmpunyai hati..dalam hadis nabi s.a.w mafhumnya..di dalam badan manusia ada seketul daging..jika elok daging itu maka eloklah keseluruhanya(satu badan)..jika rosak daging tersebut maka rosaklah keseluruhannye(satu badan)..dan ia itulah hati.


Memang betul kadang2 bile difikirkan mgkn kita berada di keadaan yg kedua iaitu rosak hati..banyk perkara2 yg merosakkn hati,kita lakukan..terlalu bnyak..di bawah ada sedikit ulasan dari imam al-Ghazali tentang hati.


Soal hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga

pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan

kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:


1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada

akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini

lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau

simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai

sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan.

Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya

supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur,

bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu.

Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.


Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat

oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa

tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling

bersambungan.


Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan,

galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan

kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan.

Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia

mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya

Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)."

(al-Lail:5-7)


Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari '

misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan

tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan

mempedulikannya.


Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini

segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan

seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud,

mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.


Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati

muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu

orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah.

Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.

" (ar-Ra'd)


2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori

dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada

pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke

dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk

kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.


Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada

hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi

membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati

menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran

semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya

akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan

penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.


Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji

Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya

kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada

hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap,

tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.


Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati,

sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan

membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan

jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora

adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.


Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai

tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau

memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat

lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan

kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya

melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan

sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.


Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan

diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut

keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan

terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi

semakin kuat.


Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan

iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal

dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.


Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah,

sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah

cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan

pelbagai bentuk maksiat.


Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat,

hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh

kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan

Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.


Benarlah bahawa seketul daging(hati) ini boleh merosakkan kita dan boleh membawa kita kepada kebaikan..adakah kita ingin membiarkan ia begitu sahaja..tentu tidak..kita manusia yang di jadikan oleh Allah,tuan empunya segala2 dan kita dipertanggungjawabkan untuk menjaga

nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More