Ahad, 15 November 2009


Syukur


Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah,
beliau terdengar doa seorang lelaki.

"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."


Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.

Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah,
kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai,
lagi kukuh dan gah kita.

Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit.

Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini:
"Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat
yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku
yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi
golongan orang yang bersyukur.

Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat
sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak
mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir,
bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.

Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan
pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan
Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.

Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah
nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma.
Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil.
Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.
Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara
percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata
dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.
Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima
kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah.
itulah namanya bersyukur.

Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul
di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan
pengorbanan mereka yang tidak terkira.
Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak
bersyukur jadi kufur.

Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita
lakukan? Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita
renungkan.

Pertama:
Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.


Kedua:
Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan,
pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik,
ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang
memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.


Ketiga:
Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat.
Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik
seperti guru dan ibu ayah.

Keempat:
Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan
diri kepada Allah.Jika kita mendapat rezeki yang banyak misalnya, cara bersyukur
ialah gunakan rezeki itu dijalan allah,supaya ganjarannya sentiasa mngalir.
Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut
berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima:
Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain.
Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata
syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana
dibimbangi mengundang riya'.KETIKA Saidina Umar al-Khattab
mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa
seorang lelaki yang tertera diatas..

Kesimpulannya kita sebagai manusia wajiblah atas kita bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan kita dengan sesempurnanya,janganlah kita menyombongkan diri kerana itu adalah sifat Allah,tidak layak untuk kita,kita hanyalah hambanya.justeru itu banykknlah bersyukur kerana besar nikmat orang2 yang bersyukur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More