Ahad, 15 November 2009



Tahap Nafsu

Setiap orang mempunyai nafsu. Ia adalah kurniaan Allah yang bersifat
fitrah sebagai pelengkap kepada unsur kemanusiaan di samping akal.
Dengan nafsu kita dapat makan dan minum, melakukan itu dan ini
memakmurkan bumi, malah beranak pinak. Sebab itu, jika manusia
tiada nafsu untuk makan, ini menunjukkan petanda buruk.


Cuma yang berbeza ialah tingkatan nafsu pada diri seseorang.
Sesetengah dapat mengawal nafsu, manakala yang lain terikut-ikut
telunjuk hawa nafsu, malah kerap terbabas kerana gagal mengawal nafsu.
Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu nafsu
ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu muthmainnah,
radiah dan mardhiah.

* Nafsu ammarah - Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang
menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas
kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih
daripada sebarang keburukan dan kesalahan.
Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah. Diri di tahap
ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan
dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai
topeng untuk kejahatan.


Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan
sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu
sebagai Tuhan yang ditaati.
Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk
tidak bermakna dan tidak penting.


Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak
nafsunya saja. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada,
kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.
Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh
ahli kerohanian Islam sebagai 'nafsu'.


Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat
kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan,
seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan
dipuja.
Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora
dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula
jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.


Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas
manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam
sentiasa dalam keadaan sengsara.


Al-Quran mengumpamakan seperti seekor anjing yang termengah-mengah
dan terjelir lidahnya kerana kepenatan.

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan
ayat-ayat itu. Tetapi ia cenderung kepada dunia dan menurut hawa
nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing; jika engkau
menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah.

"Dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya
termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka
berfikir." (Al-A'raaf: 176)


Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji
dengan sifat rendah dan buruk.
Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang,
melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya
itu.


Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti
keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk
menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri,
tabiat dan kelemahannya.


Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya
dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi
hamba dan mengabdikan kepada Allah saja.
Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat
maju ke peringkat yang lebih tenang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More