Ahad, 15 November 2009


Lima jenis sabar



Sabar adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung

diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai

atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada

yang disukai Allah.Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang

mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah),

lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu

keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya

'al-batr'.


Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri

manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini

membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud:

"Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan

tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah

kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)


Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis,

iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada

manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini

termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar

terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana

kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.

Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang

rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap

kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut

yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan.

Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian,

malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.



Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki

niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar

untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan

berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada

melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah.

Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci.

Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari

musuh kebenaran dan kebaikan.


Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat

bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan

tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan,

bahkan kekayaan dan kekuasaan.


kesimpulan manusia mempunyai sifat sabar..mungkin cuma kadang2

manusia itu hilang kesabarannye yyang mmembuatkannye hilang kawalan.

kita contohilah sifat yang ada pada junjungan besar kita Nabi s.a.w.

sabarlah dalam mejalani kehidupan kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More